FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI
Universiti Malaysia Kelantan

Visi


Pemimpin dalam penyepaduan sains dan teknologi dengan keusahawanan untuk pembangunan modal insan kelas pertama

Misi


MISI

  • Menyediakan ilmu pengetahuan dan kepakaran yang berkualiti tinggi berteraskan agro industri.
  • Menjalankan penyelidikan dan pengkomersialan hasil penyelidikan untuk kesejahteraan manusia sejagat.
  • Memberi perkhidmatan dan mewujudkan rangkaian kerjasama bagi memenuhi tanggung jawab sosial.

DENGAN MATLAMAT

Melahirkan modal insan berkualiti untuk memacu pembangunan negara melalui penyediaan prasarana, sistem penyampaian dan sumber manusia yang bertaraf dunia.

YANG DISOKONG

  • Warga fakulti yang mempunyai moral dan etika yang tinggi, profesional dan berinovasi yang mampu menjana perubahan melalui pemuafakatan.
  • Mengukuhkan hubungan antara fakulti dan jangkauan universiti melalui alumni dan jaringan kerjasama.
  • Meningkatkan pembiayaan luar dan sokongan untuk penyelidikan, pengajaran dan jangkauan.

Objektif


  1. Memperkasa ilmu pengetahuan asas tani yang mengarah kepada menjamin pembangunan kelestarian pertanian dan sumber makanan.
  2. Membangun sumber manusia yang celik teknologi dengan keupayaan untuk memberi sumbangan yang efektif dan profesional.
  3. Melahirkan para graduan yang berkebolehan tinggi dalam bidang agrobioteknologi bercirikan keusahawanan dengan disokong oleh nilai kemanusiaan dan penguasaan bahasa.
  4. Menerokai penyelidikan dan pembangunan industri asas tani dengan mencari sumber kekayaan secara bestari bagi menjamin kecukupan sumber makanan Negara disamping melindungi dan menghayati alam sekitar.
  5. Menyediakan sistem sokongan yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan dan keutuhan fakulti.

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain