Kerjasama

Bil Negara Agensi Tarikh Mula Tarikh Tamat PTJ Kategori
1 THAILAND Prince of Songkla University (PSU) 13/05/2012   Kerjasama di dalam bidang akademik dalam program dikenal "Undergraduate Double Degree Program On Food Technology And Security" LoI
2 MALAYSIA Kerajaan Malaysia (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) 08/09/2012 07/09/2017

Kerjasama dalam pembangunan modal insan, pengajian lanjutan, penyelidikan dan pembelajaran, pembangunan ladang, penyediaan kurikulum latihan dalam bidang pertanian yang merangkumi tanaman, perikanan, ruminant, agro-industri dan keusahawanan tani melalui Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

Skop kerjasama adalah bagi membangunkan modul latihan yang berasaskan kepada kemahiran dan akademik/teori, menyediakan program dan path way untuk pengajian di UMK bagi pelajar-pelajar NATC dan pegawai Kementerian, membangunkan ladang-ladang pertanian secara komersial, menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian dan mambangunkan program keusahawanan tani untuk pelajar NATC.

MoU
3 MALAYSIA Kolej RISDA 06/06/2012 05/06/2017 Kerjasama dalam pembangunan modal insan dan bidang akademik.

Skop kerjasama meliputi program pertukaran tenaga pengajar, penyelidikan, pewujudan program kerjasama, penerbitan hasil penyelidikan dan penganjuran latihan, bengkel, simposium dan lain-lain bidang kerjasama akademik yang berkaitan
MoU
4 MALAYSIA Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd 17/03/2013 16/03/2018 Kerjasama dalam bidang akademik sebagai proses life long learning.

Skop kerjasama meliputi kerjasama dalam pertukaran tenaga pengajar dan penyelidik, penyelidikan dan pembangunan secara bersama, joint programs, penerbitan tentang hasil penyelidikan, penganjuran bengkel, symposium dan lain-lain aktiviti akademik yang berkaitan.
MoU
5 CHINA Jinnonghui Agricultural Materails Chain Co.Ltd. 09/09/2013 08/09/2016 Kerjasama dalam bidang akademik, konsultansi dan penyelidikan.

Skop kerjasama meliputi kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) (termasuk sumbangan dalam bentuk kepakaran, material dan yang berkaitan), pertukaran maklumat/penerbitan serta kemudahan/sumber.
MoU
6 CHINA Heilongjiang Academy of Sciences 10/09/2013 09/09/2016 Kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi.

Skop kerjasama meliputi kerjasama dalam program pertukaran pelajar/staf, pertukaran bahan ilmiah dan kemudahan, penganjuran bersama seminar, pameran, kuliah serta bengkel.
MoU
7 CHINA Northeast Agricultural University 10/09/2013   Kerjasama dalam bidang akademik.

Skop kerjasama meliputi program pertukaran pelajar/staf, kolaborasi dalam penyelidikan dan program berkaitan pertanian, pertukaran penerbitan/maklumat akademik dan lain-lain bidang akademik yang relevan.
LoI
8 MALAYSIA Agricultural Chemicals (M) Sdn. Bhd. 08/10/2013   Kerjasama dalam bidang akademik.

Skop kerjasama meliputi kolaborasi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pertanian, keusahawanan, program latihan, kerjasama dalam projek pengurusan pertanian, pengurusan ilmu serta program pemindahan teknologi, pertukaran penerbitan/maklumat akademik, penganjuran bersama mesyuarat, seminar serta bengkel dan lain-lain bidang akademik yang berkaitan.
LoI
9 MALAYSIA Hexagon Green Sdn. Bhd. 08/10/2013   Kerjasama dalam bidang akademik.

Skop kerjasama meliputi konsultansi dalam Orchid Farming and Nursery Management, kerjasama dalam aktiviti keusahawanan serta latihan, kolaborasi dalam Plant Tissue Culture, CSR dan lain-lain bidang akademik yang berkaitan.
LoI
10 INDIA Acharya N G Ranga Agricultural University 15/11/2015 14/11/2018 Kerjasama dalam bidang akademik. MoU
11 INDIA Sri Venkateswara University 25/03/2015 24/03/2018 Kerjasama dalam bidang akademik. MoU

Hantar Pengumuman anda: klik sini

Hubungi kami: klik sini

Soalan lazim: klik sini