Pengenalan

Latar belakang

Latar Belakang

Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) telah ditubuhkan pada 01 April 2012 bersama-sama Fakulti Sains Bumi (FSB) setelah lebih kurang empat tahun berada di bawah Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA). Penubuhan fakulti ini adalah selari dengan teras penubuhan universiti, di mana salah satu komponen ataupun teras dalam penubuhan universiti ialah pertanian dan keusahawanan.

Bidang pertanian merupakan fokus utama di Negara dan kini bidang ini dikaitkan dengan pelbagai kemajuan teknologi dan penambahbaikan terutamanya dalam memastikan Negara mempunyai sumber makanan yang mencukupi bagi tempoh masa yang panjang. Dengan moto “Kelestarian Pertanian untuk Jaminan Makanan“, FIAT berhasrat untuk melahirkan graduan yang mampu untuk membantu Negara dalam memperkasakan bidang pertanian dan perkembangan bioteknologi khususnya bioteknologi industri serta menterjemahkannya ke dalam proses penghasilan bahan nilai tambah. Bahan nilai tambah ini merupakan produk industri yang akan mempunyai nilai komersial.

 

Hantar Pengumuman anda: klik sini

Hubungi kami: klik sini

Soalan lazim: klik sini