FACULTY OF AGRO BASED INDUSTRY
Universiti Malaysia Kelantan

Dean's Message


Prof. Dr. Nik Marzuki Bin Sidik

Industri Asas Tani merupakan antara sektor utama negara dan dunia pada masa kini yang sedang berkembangan dengan pesat. Umumnya, industri asas tani merupakan suatu industri yang melibatkan pemprosesan produk-produk hasil pertanian yang terdiri daripada tanaman dan ternakan kepada produk yang mempunyai nilai tambah dan produk hiliran yang baharu yang lebih berkualiti.


Fakulti Industri Asas Tani, Universiti Malaysia Kelantan yang lebih di kenali sebagai FIAT ditubuhkan bagi menghasilkan graduan mahir dalam pelbagai bidang bagi menyokong perkembangan industri asas tani negara khasnya dan dunia amnya.  Empat program pengajian peringkat sarjanamuda ditawarkan di FIAT iaitu Sarjanamuda Sains Gunaan (Agroteknologi), Sarjanamuda Sains Gunaan (Sains Penternakan), Sarjanamuda Sains Gunaan (Teknologi Penghasilan Produk) dan Sarjanamuda Sains Gunaan (Jaminan Makanan). Kesemua empat program pengajian di FIAT telah mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sementara itu, rekabentuk kurikulum yang disajikan menekankan kepada ilmu huluan dan ilmu hiliran kepada industri asas tani di samping ilmu keusahawanan, dapat menjamin graduan yang dihasilkan mempunyai keupayaan dan pakej yang lengkap untuk menyertai industri berkaitan. Maka, tidak hairanlah peratusan kebolehpasaran untuk graduan semakin meningkat saban tahun sehingga mencecah 90.0% pada tahun 2019.


Di masa hadapan yang terdekat, Semua program pengajian di FIAT akan didaftarkan untuk mendapat pengiktirafan daripada agensi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Pengiktiran ini sangat penting bagi menjamin semua graduan daripada FIAT mempunyai sijil profesional dan meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan.  

Sekian.


PROF. DR. NIK MARZUKI BIN SIDIK
DEAN FACULTY OF AGRO BASED INDUSTRY

NEWSLETTER

Subscribe and get latest news regarding our faculty