FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI
Universiti Malaysia Kelantan

PIAGAM PELANGGAN


PIAGAM PELANGGAN
Agro Industri ke arah Kesinambungan Kehidupan

Dalam merealisasikan misi dan visi fakulti demi memartabatkan kecemerlangan ilmu pengetahuan, maka kami dengan tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak pelanggan seperti berikut:

Pelajar
Menyediakan peluang dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermutu yang mampu membentuk modal insan kelas pertama yang mempunyai daya saing tinggi berteraskan atribut keusahawanan yang mantap bagi memenuhi pasaran pekerjaan dalam dan luar Negara.

Staf
Mewujudkan budaya pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan serta persekitaran kerja yang dinamik dan kondusif bagi pembangunan potensi diri staf, di samping memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan seluruh warga universiti.

Masyarakat
Memastikan peranan fakulti kekal relevan dalam menyokong usaha pendidikan sepanjang hayat dan kesedaran serta keupayaan masyarakat berteraskan industri asas tani, pembangunan produk dan bio teknologi.

Industri
Menjalinkan kerjasama pintar yang kukuh dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan industri melalui aktiviti perundingan, pengkormersialan hasil penyelidikan dan pembudayaan keusahawanan dan perniagaan.

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain