Pemimpin dalam penyepaduan sains dan teknologi dengan keusahawanan untuk pembangunan modal insan kelas pertama
MISI
DENGAN MATLAMAT
Melahirkan modal insan berkualiti untuk memacu pembangunan negara melalui penyediaan prasarana, sistem penyampaian dan sumber manusia yang bertaraf dunia.
YANG DISOKONG
PIAGAM PELANGGAN
Agro Industri ke arah Kesinambungan Kehidupan
Dalam merealisasikan misi dan visi fakulti demi memartabatkan kecemerlangan ilmu pengetahuan, maka kami dengan tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak pelanggan seperti berikut:
Pelajar
Menyediakan peluang dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermutu yang mampu membentuk modal insan kelas pertama yang mempunyai daya saing tinggi berteraskan atribut keusahawanan yang mantap bagi memenuhi pasaran pekerjaan dalam dan luar Negara.
Staf
Mewujudkan budaya pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan serta persekitaran kerja yang dinamik dan kondusif bagi pembangunan potensi diri staf, di samping memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan seluruh warga universiti.
Masyarakat
Memastikan peranan fakulti kekal relevan dalam menyokong usaha pendidikan sepanjang hayat dan kesedaran serta keupayaan masyarakat berteraskan industri asas tani, pembangunan produk dan bio teknologi.
Industri
Menjalinkan kerjasama pintar yang kukuh dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan industri melalui aktiviti perundingan, pengkormersialan hasil penyelidikan dan pembudayaan keusahawanan dan perniagaan.